页面

14.12.11

If You Are Happy

Old MacDonal had a farm

"ABCD" The most popular kids song ever (Vol.1) www.TOONBO.com

selamat pagi

Geylang Si Paku Geylang

Rasa Sayang Sayange (Children Song)

说说唱唱《马来歌谣》Lagu Kanak-kanak + Pantun - Ikan Kekek Mak Ilui

说说唱唱《马来歌谣》Lagu Kanak-kanak + Pantun - Chan Mali Chan

说说唱唱《英诗+经典歌曲 vol.2》 Little Kids (poem)

说说唱唱《马来歌谣》Lagu Kanak-kanak + Pantun - Burung Kakak Tua

Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.


Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).


Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Kami mandi di kolam renang
Dia senyum semasa berjalan

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya roboh
Radio itu berbunyi

11.12.11

Cerita Sang Kancil, Kerbau dan buaya

Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang Bodoh
Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jernih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh.
Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!”
Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.
Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”
Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini,"
Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya.
Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"
Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku."
Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. "
Buaya : "Aku tidak peduli."
Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya.
Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain."
Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat."
Kerbau : "Apakah syaratnya?"
Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini.Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau."
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.
Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"
Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai. Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat. "
Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.
Buaya : ."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?"
Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya.
Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyut bersama-sama .
Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya. Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?"
Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.”
Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu.
Kasut lalu bercerita.
Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku. Setiap hari aku dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, aku disimpan di tempat selamat. Aku juga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuanku pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk, aku tidak disayangi lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku dibaling ke tepi tangga selepas digunakan. Apabila malam, aku ditinggalkan di halaman rumah. Aku dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, aku menjadi tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah sebabnya aku hanyut ke sini.”
Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air.
Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi. Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. "
Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis.
Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?"
Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami."
Kancil : “Mengapa?”
Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat."
Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"
Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya.
Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya."
Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku."
Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?"
Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu."
Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih."
Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok.
Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?"
Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil.
Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagi”
Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil.
Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?"
Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku."
Kancil : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"
Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu.
Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu."
Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati."
Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik."
Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.
Buaya : "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau."
Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

Sang Kancil, Kerbau dan Buaya

10.12.11

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.



  1. Kata nama khas hidup


  • Manusia : Cikgu Lee, Encik Samad, Puan Sabrina, Cik Lee

  • Bukan manusia: Tompok, Comel, Sang Kancil, Sang Buaya.

2. Kata nama khas tak hidup



  • Proton Saga, Kuala Lumpur, Jepun, Gunung Kinabalu

7.12.11

Children's song: Twinkle Twinkle Little Star




count's song



Kata Nama Am

Merujuk kepada Kamus Tatabahasa (Edisi ketiga, 2011), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.

Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya:

kaki, sekolah, lembu, tasik, guru


Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya:

mimpi, idaman, kehendak, perpaduan, keamanan

Untuk mengajar murid tahap 1, terutamanya murid Tahun 2, kata nama am boleh bahagi kepada empat kategori, iaitu:

haiwan: gajah, cacing, harimau, kucing
benda : bas, kereta, pensel, lampu
manusia : guru, ibu, pekerja, jutawan
tempat : sekolah, sungai, bandar, kampung

28.4.11

mid autumn festival


As a Malaysian, I find it amazing as we share and learn to understand each other’s festivals and cultures. The Mid Autumn Festival is one of those festivals celebrated by all Malaysians. Nevertheless, Malaysians have never forgotten the origin of the Mid Autumn Festivals and celebrated with all kind of activities and delicacies.
The Mid Autumn Festival commemorates an uprising in China against the Monggol rulers of the Yuan Dynasty in 14th century. Inside each mooncake was inserted a piece of paper with a message “kill the Monggols on the 15th day of the 8th Month”. The Chinese did it secretly as group gathering was banned and it was impossible to make plans for a rebellion.
Among the activities that are celebrated such as lantern parade, mooncake eating competition, the making of lantern using recyclable materials, solving Chinese Riddle and many more. These activities are so enjoyable regardless of the age group. The children show off their colourful lantern of all sizes and shapes while the adult keep themselves busy with solving the riddles under the lanterns.
It is not a celebration if it’s without food. The delicacies such as water chestnuts, yam cake, pomelos, are among those must have. The Chinese will carry out the usual virtual of paying respect to their ancestor in an open-door gathering at yard. They cherish the moment of being together.
Although modernization has a great impact on our culture, tradition but the spirit of the mid-autumn celebration has never faded. It’s not only a festival to celebrate but an opportunity for the reunion of the family members.